Monday, February 9, 2009

25 tahun menetap di Gerik..



Pada tanggal 20 Oktober 1982,pertama kali aku menjejak kan kaki ke lokalan yang bernama Gerik,mase tu kominis pun ade,bila malam menjelang sunyi lah pekan Gerik.Jalan dari Lenggong ke Gerik mase tu macam ular kene palu,begitu juge jalan Baling ke Gerik,tiap kali naik bas mesti terkeluar abih ape yang kita makan,dulu kat depan mybank tu, ade Pejabat Pos,kecikk jer bangunan nya,di situ lah aku mengepos surat,mase tu talipun bimbit orang kaye je ade..Sekarang Gerik dah banyak melalui perubahan,bangunan dan taman- taman perumahan naik bagai kan cendawan tumbuh lepas hujan,rasa sayang nak tinggal kan Gerik ni,pahit manis yang aku dapat selama berade kat cini, cukup banyak meninggal kan kesan dihati. Syabas Gerik,semoga bertambah makmur,tempat yang aman lagi mententeram kan jiwa,...Banyak tempat-tempat menarik yang patut dilawati sesiape yang datang ke Gerik..mohh laa ke Gerik...
Bangunan Umno
Pejabat Tanah
IPD Gerik
Pekan Gerik
Ini lah dia antara Pejabat-pejabat kerajaan, dan pekan Gerik sekarang.

Sunday, February 8, 2009

Mengenali Kami / About Us

Selamat sejahtera kepade semua rakan,serta salam kontek perdana.Selamat Datang Ke Blog Komuniti Radio Amatur Gerik. Sebelum tu, mari kite mengenali rakan-rakan di Gerik.
9w2 MIZ, Cikgu Tarmizi,seorang tenaga pengajar, begitu juge dengan 9w2 MAR Cikgu Omar,9w2 JKZ Cikgu Jonet,9w2 KSG Cikgu Kamal.Manakala,9w2 FLU Bang Megat,9w2 KPT Pak Mat,9w2 PTM Pak Tam pula bekerja di jabatan kerajaan.Ade juge SWAL di sini, Pak Man, termasuk kami berdua. Kami juga mengalu-alu kan rakan baru untuk menambah kan bilangan ham di Gerik. Kami ibarat `aur dengan tebing` suka bantu-menbantu.Bagi yang dah punya sayap,boleh lah terbang tinggi tapi jangan lupe toleh ke bawah. 73`Tahniah pade rakan yang lulus rae ...





Kak eina (SWL SAA)



Apit (PET)

Ham Radio


Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar dan meminati hobi tentang Radio Amatur leh lawat ke laman web http://www.mares.org.my/. Radio Amatur atau Ham Radio adalah salah satu cabang 'dunia tanpa sempadan' yang amat berguna terutamanya semasa kecemasan. Sistem Perhubungan pihak berkuasa seperti Bomba, Polis, Tentera, JPA 3 dan lain2 agensi adalah berlainan. Dengan adanya bantuan dari rakan-rakan amatur radio, perhubungan antara Jabatan Kerajaan tersebut dapat di selaraskan. Banyak lagi kelebihan tentang Radio Amatur untuk di ceritakan disini. Apa pun, lawatlah laman web seperti dia atas tadi. http://www.mares.org.my/, atau untuk melihat gambar kesan banjir di Johor, sila klik :- http://www.segamat.mares.org.my/. Sekian, harap maklum.
terima kasih kita ucapkan pada 9W2WFA atas info ini yg diberi.