Friday, April 17, 2009

Wakil di MARES


Inilah dia base Mares bertempat di seksyen 6 PJ. hari tu kita mewakili Koperasi Radio Amatur (KRAMAT) membuka meja pendaftaran ahli koperasi di AGM Mares


Inilah dia logo Mares dan cabin house radio , tak silap kita masa kita sampai ader rakan dari Jepun tengah ber QSO



Antenna yg di gunakan..ini kalau dapat pacak kat rumah kita taktau lah memang romeo 5 romeo 9 lah jawabnyer...insyAllah satu hari nanti...mana tau dah 9M2 masa tuh..hehehe



Antara rakan2 ham yang hadir pada hari tersebut


Terima kasih kita pada rakan2 ham yg menjadi ahli Kramat. Terima kasih juga pada pihak Mares yg memberi peluang kita untuk membuka meja pendaftaran. Tahniah pada pihak Mares atas AGM utk tahun 2009.
Semoga sama2 membantudan memperluaskan lagi penggunaan radio ham ini.


Saturday, April 11, 2009

Lahirnya group V 59

Pada 4 april 2009 yang lalu,di Bera Kerayong umah SWL atuk riuh rendah yang mana SWL Ajam telah menamat kan zaman bujang nya dengan gadis pilihan hati beliau,disitu lah lahir nya group v 59 yang mana amat bermakna buat kami keluarga v59.....tima kasih pada 9w2 REJ atas kiriman gambar-gambar yang amat meninggal kan kenangan,,....








I salute 9W2 REJ, banyak berkorban... walaupun xyl baru sehari melahirkan baby.



Ini lah group V 59, yang kenik- kenik tu semua bakal jadi 9W2 and yang dah gedang- gedang tu bakal jadi 9M2 Hehehehe, dah ade pun sorang.

GROUP V59....

GROUP V59..........

9W2 ADH,9W2 AZA,9M2 MZR. yang sedang membancuh air..

9W2 FRD banyak mengeluarkan peluh....

9W2 REJ, SWL Ajam ngan XYL,9W2 AZA, kat belakang tu 9W2 WAA...

SWL Didie,PR-PET, 9W2 FRD tengah mengelap pinggan...

SWL Kak Eina sedang menyediakan hidangan di meja pengantin

Kak Eina tu lapo ke????

antara jemputan yang hadir....

SWL Ajam ngan XYL tercinta Zack...

Wednesday, April 8, 2009

Kak Eina jadi tauke kopi pulak.


Asalamualaikum, semua rakan-rakan salam kontek perdana,diudara atau pun didaratan,semoga ceria-ceria selalu dan bertambah sihat,kepada semua rakan ini ada satu info kalau ada yang berminat nak minum kopi sile kontek Kak Eina 019 5048477. KOPI SAWDA MADU ,10 dalam 1 mesti cuba baru tau,tolong-tolong rakan jual kopi he he.....73 cario bye bye.......



Belum cuba belum tau..............



Peeerrrrrggghhhh...................



Kak Eina dengan kopi nye.........

Monday, March 23, 2009

Cantik nya bunga TEECOMA...

Pada setiap bulan march atau hujung bulan february dimusim panas, kita akan dapat melihat bunga TEECOMA berkembang diseluruh Malaysia,rase teruje bila berada dibawah pohon teecoma yang cantik,seolah-olah berada diJepun.saya ade bergambar dibawah pohon teecoma
tapi mase tu bunga dah banyak gugur.


Lihat lah kak Eina tu berposing bawah pohon bunga.







Hu.hu.........




Ini bunga matahari yang jarang- jarang kita temui sejak akhir-akhir ni,dah semakin pupus.Bunga ni boleh bertahan lebih kurang seminggu saje untuk berkembang.cantik oooo..

Saturday, March 14, 2009

Melawat Kuala Lumpur

Pada 8 march 2009 yg lalu kami bermobil ke kota metropolitan Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat pertama penubuhan koperasi Radio Amatur (Kramat). abis jer mesyuarat langsung kitaorg semua berjalan2 tgk tempat org.


08.MARCH 2009.diKompleks RakanMuda Bukit Kiara,Kuala Lumpur.kelihatan 9w2 MEZ sedang mengagih-agih kan borang pendaftaran.



konon nyer paling seronok dapat mendaftar jadi ahli koperasi keramat..
kelihatan 9w2 REJ,selaku Setiausaha Penaja,Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad(KERAMAT).bersama-sama mengalu-alu kan kedatangan kami dari jauh-jauh.







Antara gambar yang sempat kami snap.







ni lah antara anak-anak sedare koi,dan anak koi.



Ape yang anda lihat ni.kaki-kaki kome.



Randoo, seekor kucing kesayangan anak buah,pagi tu kami kelam kabut mencari randoo, yang tetibe je ilang,ingat jatuh dari tingkap 9, rupe-rupe nyer dia turun kebawah,puas kami cari kesane kemari,sayanng randoo.jumpe jugak akhir nyer..





dah abih merayap, nak balik dah..

Monday, February 9, 2009

25 tahun menetap di Gerik..



Pada tanggal 20 Oktober 1982,pertama kali aku menjejak kan kaki ke lokalan yang bernama Gerik,mase tu kominis pun ade,bila malam menjelang sunyi lah pekan Gerik.Jalan dari Lenggong ke Gerik mase tu macam ular kene palu,begitu juge jalan Baling ke Gerik,tiap kali naik bas mesti terkeluar abih ape yang kita makan,dulu kat depan mybank tu, ade Pejabat Pos,kecikk jer bangunan nya,di situ lah aku mengepos surat,mase tu talipun bimbit orang kaye je ade..Sekarang Gerik dah banyak melalui perubahan,bangunan dan taman- taman perumahan naik bagai kan cendawan tumbuh lepas hujan,rasa sayang nak tinggal kan Gerik ni,pahit manis yang aku dapat selama berade kat cini, cukup banyak meninggal kan kesan dihati. Syabas Gerik,semoga bertambah makmur,tempat yang aman lagi mententeram kan jiwa,...Banyak tempat-tempat menarik yang patut dilawati sesiape yang datang ke Gerik..mohh laa ke Gerik...
Bangunan Umno
Pejabat Tanah
IPD Gerik
Pekan Gerik
Ini lah dia antara Pejabat-pejabat kerajaan, dan pekan Gerik sekarang.

Sunday, February 8, 2009

Mengenali Kami / About Us

Selamat sejahtera kepade semua rakan,serta salam kontek perdana.Selamat Datang Ke Blog Komuniti Radio Amatur Gerik. Sebelum tu, mari kite mengenali rakan-rakan di Gerik.
9w2 MIZ, Cikgu Tarmizi,seorang tenaga pengajar, begitu juge dengan 9w2 MAR Cikgu Omar,9w2 JKZ Cikgu Jonet,9w2 KSG Cikgu Kamal.Manakala,9w2 FLU Bang Megat,9w2 KPT Pak Mat,9w2 PTM Pak Tam pula bekerja di jabatan kerajaan.Ade juge SWAL di sini, Pak Man, termasuk kami berdua. Kami juga mengalu-alu kan rakan baru untuk menambah kan bilangan ham di Gerik. Kami ibarat `aur dengan tebing` suka bantu-menbantu.Bagi yang dah punya sayap,boleh lah terbang tinggi tapi jangan lupe toleh ke bawah. 73`Tahniah pade rakan yang lulus rae ...





Kak eina (SWL SAA)



Apit (PET)